Pages

Friday, July 25, 2014

Rock Melon dan Khasiat di dalamnya

Cucumis melo L.
Rock Melon atau Cantaloupe (Cucumis melo L.) merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam famili Cucurbitaceae. Saiz rock melon ini dianggarkan seberat 500g ke 5kg. Tanaman ini amat terkenal di Amerika Syarikat dengan kepelbagaian jenis melon. Di Eropah, rock melon mempunyai struktur berjalur ringan dan memiliki kulit yang berwarna kelabu kehijauan, manakala di Amerika Utara, buahnya berwarna coklat cair dan mempunyai struktur berjaring. Buah melon ini mempunyai isi yang berwarna oren dan mempunyai rasa yang manis. Jika buah ini dibiarkan terlalu lama tanpa dituai, isi rock melon ini akan menjadi terlalu manis dari rasa yang sepatutnya. Hal ini demikian kerana, kandungan gula di dalam buah melon akan meningkat dari semasa ke semasa.

Di Malaysia, penanaman rock melon telah giat dijalankan secara fertigasi dan dipasarkan secara meluas demi meningkatkan produktiviti hasil pertanian, di samping mempromosikan kebaikan rock melon kepada masyarakat di negara kita.

Khasiat Buah Rock Melon
Rock Melon mempunyai banyak khasiat yang tidak diketahui ramai. Antaranya ialah :
  • Mempunyai beta-karotin yang merupakan pelopor kepada vitamin A
    • Rock melon mempunyai lebih 30 kali beta-karotin berbanding buah oren
    • Vitamin A yang terdapat dalam rock melon membantu mengurangkan risiko kanser, katarak dan penyakit jantung.
  • Mengandungi sumber vitamin C dan antioksida yang tinggi
    • Membantu menguatkan sistem imune tubuh badan
  • Rendah gula, lemak dan kalori
    • Satu hidangan (1oog) rock melon mempunyai 5.7g gula, 0.1g lemak dan 29 kalori
  • Mempunyai kandungan potassium dan serat fiber yang tinggi
Rasa yang manis serta isi yang berwarna oren ini amat sesuai untuk dijadikan sajian pencuci mulut atau sebagai snek yang lebih sihat. Kita boleh mencampurkan buah tembikai merah, tembikai susu dan rock melon untuk sajian yang lebih menarik. Nampak menyelerakan, betul tak? 
Campuran buah tembikai dan rock melon

Terdapat juga mereka yang kurang gemar untuk menikmati rock melon atau tidak mengetahui kewujudan buah ini, tetapi kita sebenarnya amat rugi kerana buah ini mempunyai kebaikkannya yang tersendiri. Mencegah lebih baik dari merawat.

Diharap post ini memberi manfaat kepada para pembaca...