Pages

Wednesday, August 06, 2014

Herba dan Kebaikannya


Herba adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan sebagai bahan penyedap makanan, perubatan dan kecantikan.Dalam bidang kulinari, herba merujuk kepada bahagian tumbuhan yang berdaun hijau (sama ada segar atau kering), rempah-ratus atau produk dari bahagian tumbuhan lain yang biasanya kering, termasuk biji benih, buah beri, kulit kayu, akar dan buah-buahan. 

Tahukah anda bahawa menanam herba di rumah mempunyai banyak kebaikan. Herba yang ditanam sendiri lebih murah daripada yang dibeli di pasar raya. Kita juga boleh mendapatkan bekalan herba segar dengan mudah dan pantas apabilan diperlukan dalam masakan dan perubatan. Herba boleh ditanam di dalam dan luar rumah mengikut kesesuaian jenis herba dengan menggunakan pasu atau bekas yang bersaiz kecil, atau ditanam antara tumbuhan lain dan pokok renek. 

Kebaikan Herba 
Bidang Perubatan

  • Mengurangkan risiko kesan sampingan kepada tubuh badan
    • Kebanyakkan herba boleh digunakan oleh para pesakit
    • Tidak mempunyai banyak kesan sampingan
    • Lebih selamat digunakan (Jika diambil dengan cara yang betul)
  • Menjimatkan kos perbelanjaan
    • Kos perubatan lebih mahal berbanding menggunakan herba
  • Mudah didapati
    • Herba boleh dijumpai di mana-mana sahaja
    • Boleh ditanam di rumah mengikut kesesuaian tempat
    • Herba hanya cara rawatan yang ada bagi penduduk yang berada di kawasan pedalaman dan tidak mempunyai kemudahan perubatan semasa
Bidang Kulinari

  • Menambah warna dan rasa dalam sesuatu hidangan
  • Menggantikan kalori berlebihan, gula dan garam dalam masakan
  • Memberi aroma yang dapat menyedapkan makanan
  • Dapat digunakan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan dalam mempelbagaikan masakan dengan cara yang sihat
Jenis-jenis Herba


Picture credit to : www.ebfarm.com

Tips :
  • Garam boleh digantikan dengan rempah-ratus seperti:
    • Lada sulah
    • Serbuk kari
    • Serbuk Bawang Putih
    • Bawang
    • Halia
    • Daun Ketumbar
  • Gula boleh digantikan dengan rempah-ratus seperti :
    • Buah pala
    • Kulit kayu manis
    • Halia
    • Pelaga
    • Bunga Cengkih

"An herb is the friend of physicians and the praise of cooks."
                                                                                               -Charlemagne- 

Saturday, August 02, 2014

EM Mudballs



EM Mudballs adalah bebola tanah liat yang mengandungi mikroorganisma berfaedah atau Beneficial Indigenous Microorganisms (BIM). Bebola ini digunakan untuk merawat air yang tercemar akibat buangan air kumbahan, pereputan bahan organik, mendapan selut, kandungan ammonia terlarut yang tinggi serta peningkatan populasi agen pathogenic di dalam air.

Dengan menggunakan mudball, mikroorganisma berfaedah akan bertindak menguraikan bahan-bahan puca pencemaran di dalam air. Secara tidak langsung, kualiti air meningkat ke tahap yang selamat untuk digunakan.Bebola ini amat membantu untuk tujuan pertanian, penternakan dan perikanan. Mudball ini boleh digunakan untuk merawat pencemaran air yang terdapat di dalam kolam, laut, sungai dan tasik.

Kebaikan EM Mudball
EM Mudball ini banyak kegunaannya. Antaranya :
  • Membantu meningkatkan populasi microb berfaedah di dalam air
  • Menguraikan bahan-bahan buangan yang menyebabkan pencemaran air
  • Mengurangkan agen pathogen (bakteria, virus, protozoa dan cacing parasit)
  • Meningkatkan oksigen terlarut di dalam air
  • Menghilangkan bau busuk
  • Menjernihkan air yang keruh
  • Meneutralkan air
Kaedah Penyediaan Mudball
Peralatan
  • Baldi
  • Skop
  • Guni
  • Penimbang
  • Penyukat cecair 1 Liter
  • Plastik Pelapik 1m x 1m
Bahan-Bahan
  • Tanah liat          - 10 kg
  • Dedak beras     - 1 kg
  • BIM 4                - 100 ml
  • Molasses          - 100 ml
  • Air tanpa klorin - 2.5 Liter
Kaedah Pembuatan

1. Larutkan 100ml molasses dengan 100ml BIM 4
2. Masukkan 2.5 Liter air tanpa klorin ke dalam larutan molassus tadi dan simpan seketika
3. Sukat tanah liat dan pecahkan ketulan besar kepada ketula kecil dan buang bahan asing yang tidak dikehendaki. Adun tanah liat dan dedak sehingga sebati
4. Buat lubang ditengah-tengah longgokan adunan tanah dan dedak tadi dan masukkan larutan molasses secara beransur-ansur dan digaul rata.
5. Uli adunan sehngga kenyal dan boleh dibentuk
6. Bentukkan adunan sebesar bola tenis hingga habis dan simpan ditempat yang teduh dan ditutup dengan guni atau yang serupa dengannya selama 5-7 hari.

7. Buka guni yang menutupi bebola tersebut dan kulat berwarna putih dapat dilihat pada bebola tersebut
Kaedah Penggunaan
  • Ukur keluasan dan kedalaman kolam untuk menentukan anggaran isi padu air di dalam kolam yang tercemar.
  • Masukkan mudball ke dalam kolam yang tercemar dengan kadar sebiji mudball/ 1m3 air.
  • Ulangi semula memasukkan mudball ke dalam kolam tersebut pada bulan kedua dan ketiga.
  • Sekiranya tiada perubahan ulangi semula sehingga terdapat perubahan pada kolam tersebut
Pada pandangan saya, EM Mudball ini amat sesuai untuk kegunaan para petani dan penternak kerana bahan yang digunakan untuk membuat mudball ini adalah dari sumber organik dan telah terbukti keberkesanannya di luar Malaysia.

Friday, July 25, 2014

Rock Melon dan Khasiat di dalamnya

Cucumis melo L.
Rock Melon atau Cantaloupe (Cucumis melo L.) merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam famili Cucurbitaceae. Saiz rock melon ini dianggarkan seberat 500g ke 5kg. Tanaman ini amat terkenal di Amerika Syarikat dengan kepelbagaian jenis melon. Di Eropah, rock melon mempunyai struktur berjalur ringan dan memiliki kulit yang berwarna kelabu kehijauan, manakala di Amerika Utara, buahnya berwarna coklat cair dan mempunyai struktur berjaring. Buah melon ini mempunyai isi yang berwarna oren dan mempunyai rasa yang manis. Jika buah ini dibiarkan terlalu lama tanpa dituai, isi rock melon ini akan menjadi terlalu manis dari rasa yang sepatutnya. Hal ini demikian kerana, kandungan gula di dalam buah melon akan meningkat dari semasa ke semasa.

Di Malaysia, penanaman rock melon telah giat dijalankan secara fertigasi dan dipasarkan secara meluas demi meningkatkan produktiviti hasil pertanian, di samping mempromosikan kebaikan rock melon kepada masyarakat di negara kita.

Khasiat Buah Rock Melon
Rock Melon mempunyai banyak khasiat yang tidak diketahui ramai. Antaranya ialah :
  • Mempunyai beta-karotin yang merupakan pelopor kepada vitamin A
    • Rock melon mempunyai lebih 30 kali beta-karotin berbanding buah oren
    • Vitamin A yang terdapat dalam rock melon membantu mengurangkan risiko kanser, katarak dan penyakit jantung.
  • Mengandungi sumber vitamin C dan antioksida yang tinggi
    • Membantu menguatkan sistem imune tubuh badan
  • Rendah gula, lemak dan kalori
    • Satu hidangan (1oog) rock melon mempunyai 5.7g gula, 0.1g lemak dan 29 kalori
  • Mempunyai kandungan potassium dan serat fiber yang tinggi
Rasa yang manis serta isi yang berwarna oren ini amat sesuai untuk dijadikan sajian pencuci mulut atau sebagai snek yang lebih sihat. Kita boleh mencampurkan buah tembikai merah, tembikai susu dan rock melon untuk sajian yang lebih menarik. Nampak menyelerakan, betul tak? 
Campuran buah tembikai dan rock melon

Terdapat juga mereka yang kurang gemar untuk menikmati rock melon atau tidak mengetahui kewujudan buah ini, tetapi kita sebenarnya amat rugi kerana buah ini mempunyai kebaikkannya yang tersendiri. Mencegah lebih baik dari merawat.

Diharap post ini memberi manfaat kepada para pembaca...