EM Mudballs adalah bebola tanah liat yang mengandungi mikroorganisma berfaedah atau Beneficial Indigenous Microorganisms (BIM). Bebola ini digunakan untuk merawat air yang tercemar akibat buangan air kumbahan, pereputan bahan organik, mendapan selut, kandungan ammonia terlarut yang tinggi serta peningkatan populasi agen pathogenic di dalam air.
Dengan menggunakan mudball, mikroorganisma berfaedah akan bertindak menguraikan bahan-bahan puca pencemaran di dalam air. Secara tidak langsung, kualiti air meningkat ke tahap yang selamat untuk digunakan.Bebola ini amat membantu untuk tujuan pertanian, penternakan dan perikanan. Mudball ini boleh digunakan untuk merawat pencemaran air yang terdapat di dalam kolam, laut, sungai dan tasik.
Kebaikan EM Mudball
EM Mudball ini banyak kegunaannya. Antaranya :
- Membantu meningkatkan populasi microb berfaedah di dalam air
- Menguraikan bahan-bahan buangan yang menyebabkan pencemaran air
- Mengurangkan agen pathogen (bakteria, virus, protozoa dan cacing parasit)
- Meningkatkan oksigen terlarut di dalam air
- Menghilangkan bau busuk
- Menjernihkan air yang keruh
- Meneutralkan air
Peralatan
- Baldi
- Skop
- Guni
- Penimbang
- Penyukat cecair 1 Liter
- Plastik Pelapik 1m x 1m
Bahan-Bahan
- Tanah liat - 10 kg
- Dedak beras - 1 kg
- BIM 4 - 100 ml
- Molasses - 100 ml
- Air tanpa klorin - 2.5 Liter
Kaedah Pembuatan
1. Larutkan 100ml molasses dengan 100ml BIM 4 |
2. Masukkan 2.5 Liter air tanpa klorin ke dalam larutan molassus tadi dan simpan seketika |
3. Sukat tanah liat dan pecahkan ketulan besar kepada ketula kecil dan buang bahan asing yang tidak dikehendaki. Adun tanah liat dan dedak sehingga sebati |
4. Buat lubang ditengah-tengah longgokan adunan tanah dan dedak tadi dan masukkan larutan molasses secara beransur-ansur dan digaul rata. |
5. Uli adunan sehngga kenyal dan boleh dibentuk |
6. Bentukkan adunan sebesar bola tenis hingga habis dan simpan ditempat yang teduh dan ditutup dengan guni atau yang serupa dengannya selama 5-7 hari. |
7. Buka guni yang menutupi bebola tersebut dan kulat berwarna putih dapat dilihat pada bebola tersebut |
Kaedah Penggunaan
- Ukur keluasan dan kedalaman kolam untuk menentukan anggaran isi padu air di dalam kolam yang tercemar.
- Masukkan mudball ke dalam kolam yang tercemar dengan kadar sebiji mudball/ 1m3 air.
- Ulangi semula memasukkan mudball ke dalam kolam tersebut pada bulan kedua dan ketiga.
- Sekiranya tiada perubahan ulangi semula sehingga terdapat perubahan pada kolam tersebut
No comments:
Post a Comment